Pages

Friday, February 24, 2012

DIY Tissue or Paper Flowers


Ok...untuk entry kali ni...amy nak tunjukkan cara-cara buat Tissue or Paper Flower ni...senang sangat..Untuk bakal-bakal pengantin yang tercari-cari doorgift yang sesuai untuk para tetamu, anda boleh cuba buat Tissue Flowers ni...selain dari mudah, ia juga sangat murah dan boleh jimatkan perbelanjaan kahwin kita ;)

STEP 1

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1)Tissue or Color Paper
Pilih la ikut yang kita suka or warna tema untuk majlis kita nanti..Anda boleh beli dari kedai-kedai peralatan majlis perkahwinan or dr Ikea.





2)Gunting


3)Dawai Halus


STEP 2

Anda ambil tissue td, dan jadikannya bentuk segi empat sama. Bagi paper color yang besar, anda perlu gunting seperti saiz tisu. Jika anda inginkan bunga yang besar, maka anda perlu dapatkan saiz segi empat yang lebih besar. Bunga tisu yang amy hasilkan, hanya menggunakan saiz standard tisu berkenaan.



Untuk hasilkan banyak kelopak pada bunga, anda perlu 6-8 lapisan tisu.


STEP 3

Seterusnya anda lipatkan tisu berkenaan seperti lipatan kipas tangan.



STEP 4

Kemudian potong hujung kedua-dua lipatan tu dengan bentuk separa bulat atau segi tiga.


Setelah anda potong hujung tisu tersebut, lilitkan /ikatkan dawai halus pada bahagian tengah tisu berkenaan.




STEP 5

Akhir sekali, anda bukakan setiap helaian tisu tersebut satu persatu yang akan membentuk kelopak bunga.




Ok darlings..dah siap pon..bagi yang ingin membuat bunga telur, anda hanya perlu lilitkan dawai di bahagian bunga tadi pada lidi, dan di hias dengan riben, dan pelbagai bahan hiasan mengikut citarasa anda..;)

Selain dari dijadikan bunga telur, bunga tisu ini juga boleh dijadikan sebagai hiasan untuk table centerpiece, hiasan pada bilik, hiasan sekitar kawasan majlis diadakan dan lain-lain..









ENJOY!!!! ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...