Pages

Wednesday, March 14, 2012

Phuket~Day 1


Phuket!!! Oohhh..dah lama sebenarnya amy nak ke Phuket ni...sebab orang duk cerita best sangat...mula-mula survey samada nak ke Krabi or Phuket..Ada yang suggest kan utk ke Krabi sbb tempat dia more privacy. Then utk yg happening mereka suggest kan ke Phuket + mudah utk dapatkan makanan halal berbanding di Krabi.


Actually, teruja nak pergi satu tempat jek...nak ke Phi Phi Island + nak cuba activity snorkeling (walaupun tak pandai berenang) hehehe...
Actually, ni kira honeymoon jugak la untuk amy dan husband even dah 4 bulan kahwin..Aritu lepas kahwin gi USS jek..

Kami pergi ke Phuket secara sendirian berhad, not by travel agent..Booked hotel + flight terus dari Air Asia. Senang nak bergerak buat aktiviti dan yang paling penting more cheaper!! =)
Flight kami seawal 6.30 pagi dari LCCT dan ambil masa lebih kurang satu jam sahaja untuk sampai ke Phuket International Airport. Waktu di Phuket lewat 1 jam dari Malaysia, so we arrived also at 6.30am but actually dah 7.30am time tu. 

 Packing barang...Barang2 wajib sebelum bertolak.
 Ready to go....yeehaaaa!!!



Sampai-sampai jek terus survey pakej aktiviti yang ditawarkan...
So, for the next day activity (day 2), we booked 1 day trip to phi phi island by cruise..
Pakej yang ditawarkan lebih kurang 3600 thb = rm360 for 2 person including lunch + transfer by van from airport to hotel (day 1) and hotel-jetty (day 2).
 
weeeeee ;)
On the way to Andaman Beach Suites Hotel, Patong...


Perkarangan Hotel....


Sawadikappppp....
Kami sampai di hotel awal, lebih kurang pukul 10pg.Check in pukul 3ptg!!!Alamakkkk, lama la nak kena tunggu.
But alhamdulillah, mereka bagi kami check in awal..yeayyyy!!


Masa booking thru on9 @ Air Asia, bilik yang tinggal hanya Superior Room. So time tu, ambil jela....
Bila sampai kat sana, pihak hotel inform All Superior dekat bangunan lain, bangunan baru yang berhadapan dengan hotel sedia ada...Agak rasa kecewa sebab semua facilities dekat bangunan yang lama...
So kami pon di bawa ke bilik yang sudah di booked...
Pemandangan hanya nampak bangunan sahaja.Pantai tak nampak, swimming pool pon tak nampak, sungguh keciwaaaa..;(

Siap dah posing ats katil, Then i discussed ngan my husband nak change room.


~Bila tanya kat receptionist hotel tu, can we upgrade from Superior Room to Duluxe Room???
~She answered in english but bunyi nye macam Thai 'Yes madam, u can changed ur room..only add 800thb' (lebih kurang rm80)
~Aku pon tanya, 800thb for 1 nite or 2 nite?? 
~She answered 'for 2 nite madam...'
Dalam hati (hurm, ok la...murah la tu..tambah rm80 jek)
Siap request nak bilik yang ada bath tub ko!!! =)


Bilik kami kat tingkat 17...Bestnye kat Andaman Beach Suites ni, semua room (tak termasuk Superior Room),akan menghadap pantai (sea view) and swimming pool (pool view)..
Weeee...sangat suka bilik ni...besar!!! boleh main kejar2..hehehe
Kelassss!!! ada sofa sekali...konon boleh santai-santai sambil baca magazine kat sofa tu...hihihi.
View dari bilik kami.


Disebabkan cuaca diluar terlalu panas, so we decide utk stay kat hotel. Lagipon, ngantuk gilerrr sbb bgn seawal 4pagi utk bersiap-siap dan b'gerak ke airport. Tapi perut lapar sangat, nasib bawak bekalan makanan ringan. So laki bini tibai makan meggi hotcup. Slurppppp..nikmat sangat okeyyyyy!!
Lepas makan..golek-golek atas katil sambil tengok movie. Then, masing-masing tertido sebab kepenatan..ZzzzzZZzzzz..


Pukul 3ptg t'jaga, then kejutkan hubby. Cakap kat dea 'B, if kita datang sini just nak tido dalam hotel, baik kita check in hotel kat KL jek..jom la keluar jalan-jalan'.
En suami pon bangun & siap-siap, then after solat kami pon keluar tanpa hala tujuan. Tapi teringat pulak kupon utk welcome drink, so we decide utk basahkan tekak dulu.


 Slurrppp..ahhh, rasa puas sgt dapat minum air tengah2 panas ni.
Sambil duk minum air ni, kami duk tengok la gelagat mat saleh & minah saleh yg duk berjemur dan berendam dalam pool. Adoiii, tak panas ke dek non??? Akak ni dh rasa nak terbakar kulit!!


Dah habis welcome drink td. Kami pon naek ke bilik balik untuk ambil barang-barang nak berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Sebelum tu, nak lomor (sapu) satu badan ngan sunblock, kalau tak hitam b'kilat nanti!!!
Okeyyy jom jalan-jalan. Siap bawak payung lagi!!!


 Antara halal food restaurant di Patong Beach.
Kenderaan utama untuk penduduk dan pelancong. Kat sini skuter chomel-chomel lor.
 
 Banyak kedai sekitar Patong Beach yang jual barang-barang macam t-shirt, short pants, bikini, selipar, etc. Semuanya kena pandai tawar. Harga rasanya mahal sikit dari KL.


 TUK-TUK...Taxi kat sana


After dah penat jalan-jalan, dah beli apa yang nak dibeli & tak tahan dgn kepanasan..kami pon b'jalan balik ke hotel.


Hubby ku kepenatan, habis basah kuyup baju..huhuhu


Beli selipar, topi, short pant & nasi bungkus. Kami dah kebuluran!! Nampak ada gerai muslim tepi jalan tadi, so beli bungkus makan kat hotel.
 Masuk-masuk bilik hotel jek, on aircond plg sejuk, lepas tu makan laju-laju. hahaha, kebulur punya pasal. Not bad jugak la masakan dia, macam kat M'sia jugak..


 Kami rehat-rehat & guling-guling jap atas katil. Then, tengok cuaca kat luar dah kurang panas, kami pon keluar balik ronda-ronda di tepian pantai sambil melihat matahari terbenam ;)


Balik hotel, tengok kat swimming pool dah takde orang. so we decide utk berendam-rendam dlm swimming pool.wehoooo!!



Bila sudah berendam, perut pon lapar. So tgh2 sejuk tu bancuh hot milo & makan ngan cereal..fewwwww, dapnyeeee!!


Tadi petang time jalan-jalan, ternampak kedai massage & spa kat sebelah hotel. Actually, bersepah kedai massage & spa kat Phuket ni, and harga sangat-sangat murah. So, badan memang tengah rasa sakit-sakit, then me & my husband pon cuba la Thai Massage. 1 hour only 300thb (rm30).
 Sebelum kami di urut, deorang kasi cuci & massage kaki dulu. Then, kena tukar pakaian yang disediakan, dan baring kat tilam utk di urut.
 Lepas we olls baring jek dekat tilam ni kan, maka episod mimpi ngeri pon berlaku. hahaha.. Mana tak ngeri nya, sakit giler okeyy deorang urut, main urut kat urat. Lepas tu dea sentap & pijak part2 yang tertentu. Terjerit telolong aku!! Sakit!! tapi dah sudah tu sedap..rasa ringan badan ;)


 Contoh gambar Thai Massage. Nak amik gambo sendiri mana gayanye yop!! kalo dua-dua orang dah terbaring.

Habis jek kami di urut, deorang sediakan refreshing tea. Then, kami pon balik ke hotel untuk tido coz dah pukul 11pm. Esok pagi-pagi nak ke Phi phi Island pulak!!!

To be continued......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...