Pages

Wednesday, May 9, 2012

Teman Hubby Outstation

 Last 2 weeks my hubby kena gi outstation ke Kuala Terengganu. So, sebagai isteri yg mithali, kena la ikut & temankan suami. Mithali la sgt kan..padahal nk ikut gi b'jalan.hahaha. Lagipun, tak pernah gi jalan2 kat Kuala Terengganu.
Dulu time ikut program kat Uni pon just past by jek Terengganu utk ke Kelantan. tak dapat pon nak round2 kat Terengganu. So sambil suami pergi bekerja, boleh la jugak curi2 masa b'jalan sekali ;)
 Replika Batu Bersurat~Tinggalan Sejarah~Kedatangan Islam di Terengganu
Kami sampai petang lebih kurang pukul 4, before that hubby singgah kat Kemaman utk buat kerja kat sana. So before check in hotel, ajak hubby jalan-jalan kat Pasar Payang jap.


  Ooohhh begini la rupanye Pasar Payang. Selama ini, duk dengar jek org ckp, pegi Kuala Terengganu, nk shopping batik kat Pasar Payang. Kesian kat diri sendiri, baru berkesempatan sampai kat sini.
 Macam-macam ada. Segala makanan kudap2 ada, terutama sekali kepok @ keropok. 

Barang-barang kelekapan perkahwinan pon ada. dengan tepak sirehnye, bekas bunga pahar, alatan merenjis. pedang samurai pon ade jual jgk. hehe.
Tengok kain-kain batik dea, rambang mata!!
Cik abg tgh belek2 tongkat nak belikan tuk ayahandanya.
Tak sempat nak beli apa pon sbb Pasar Payang dah nak ttp. Rambang mata nak pilih kain-kain batik kat situ, xleh nak pilih. Esok, sambung balik shopping kat sini. ;p

 
Lepas gi pasar payang, terus check in hotel utk solat, mandi & rehat before keluar utk makan malam.

Me & my hubby gi makan kat Tenang Seafood, Pantai Batu Buruk.
Sampai-sampai jek terus teruja nak ddk dekat dinding cermin yg ada air mencurah-curah ni. Bajet cam sambil makan, hujan pon turun mencurah-curah..hehe

Menu makan~ air teh O ais limau & nescafe O air~rojak buah (pedas & mcm somtam)~ikan siakap msk sweet sour~kailan ikan masin~udang celop tepung.
Before balik hotel, kitorg jln2 jap. ada mcm tapak gerai2 di sekitar pantai tak jauh dr kedai makan td. Xde apa yg menarik, then balik tido ZzzzzZZZZzzzz...

Bangun-bangun tido, terus siap & check out. My hubby nak gi buat keja dea, then lepas tu terus gerak balik KL. Perut masing-masing dah kelaparan, then ternampak kedai ni, tgh berasap-asap bakar ayam, terus manarik minat utk benti makan kat ctu.
Menu utama nasi kerabu & nasi minyak. Tengok org beratur punya la panjang, confirm sedap kot. hehehe

Me makan nasi kerabu lauk ayam bakar & en suami mkn nasi minyak + ayam bakar + daging salai. hurmmmmm, and guess what?? its super delicious..sedap giler kot ayam bakar dea. cmne yeh nk decribe..sweet n juicy & nak rasa sedap kena makan sendiri. Tp, xtau apa nama kedai mokcik ni, xde signboard pong!! dea kat area town.
Kenal tak apa ni?? kalau tak kenal, nak kena sekeh la kan..hehehe. Ini buah durian yg sgt sedap. Ada jual kat belah luar Pasar Payang, dan kami sempat rembat sebiji jek. Nasib sebiji, sebab kan sebiji ni..sy selsema+batuk+demam 3-4 hari. Durian oh durian!! Tapi kalau dpt lg, xpernah serik pon utk makan lg..hohoho

 Lepas makan, hubby kata singgah Pasar Payang dulu la, nnt susah pulak nak patah balik dari tempat kerja dea tu. Semalam dah survey-survey so hari kedua pergi dah tau nak beli apa. Tapi susah jugak nak buat pilihan, semua cantik-cantik, dari kan nak beli satu jek kain batik tu, terus terbeli dua. Sorry yeh b, terhabis kan duit b. heee, nnt belikan lg yeh kalau gi Terengganu ;p
So keluar dari Pasar Payang dengan tersenyum riang dpt 2 pasang kain batik, baju kelawar for me, ibu & MIL & hubby beli kain songket utk sampin raya.
 Then my hubby terus gi buat kerja dea. Me just ddk dalam kereta, setia menunggu suami sampai tertido, siap mimpi lg, ngatuk x ingat. Bagun-bangun jek, perut mmg lapar la, terus gi cari lunch. Kawan en suami bawak gi makan kat kedai Nasi Kukus Sempoi Alias. Perghhh, mmg sedap la kan, ngan lauk sotong yg marvelous & ayam goreng rempah. 
Lepas makan~misi mencari kopok lekor utk dibawa balik ke KL.

Best!! fresh from oven!! tp ni bukan fresh from oven..tp fresh dari periuk belanga..hehehe.

 Sebelum pulang, sempat ke Masjid Kristal. Tak penah tengok pon dari dekat Masjid yg menjadi kebanggaan warga Terengganu ni. So, kami singgah sekejap & solat sekali. Then zasssss ke KL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...