Pages

Friday, June 8, 2012

Pencuri impian


This is not originally my post...it's written by others. Something that I love to share with all my beloved readers. Apa tu Pencuri Impian??? Jom baca...

Jangan Biarkan Impian kita DICURI!

YES! PENCURI IMPIAN!! DREAM STEALER!!  Mcm tak percaya kan.. Impian pun ada pencurinya.. Cuba tengok gambar kat atas tu... itulah pencuri impian.. setiap apa yg kita impikan, akan diperlekehkan, dimain2kan, dikecik2kan.. sehingga kita takut utk punya IMPIAN!


Dan jangan tak percaya, pencuri yg paling berpotensi besar adalah DIRI KITA SENDIRI!! (^___^) Tak caye? Yelah, camni je la senang... Bila kita rasa selesa ngan hidup kita, bila kita rasa malas nak berusaha dan mcm2 alasan lagi lah.... itulah yg menjadikan kita pencuri impian kita sendiri...

Selain dr diri kita, pencuri impian kita mungkin mak ayah kita, adik beradik kita, boyfren n galfren kita, tunang kita, suami atau isteri kita, jiran tetangga kita, sanak saudara kita dan sape2 je la! huh penat nak senaraikan.. hehehehe...

Mesti u olls pernah alami situasi bila org cakap2 belakang pasal apa yg kita buat, kita usahakan, ade je yg tak kena pada pandangan diorang.. padahal diorg tak pernah nak amek berat pon pasal kita, pasal susah payah kita... Tapi bila kita usaha lebih sket, mulalah takleh duk diam.. huhuhu.. sabor je la... 

Saban hari kta mesti akan bertemu org sebegini, padahal kita nak berkongsi yg baik je... bukan kita nak ajak buat jahat kan?kan?kan? Tapi takpelah, jangan melenting, jangan kita plak buat kurang ajar... Yang penting kita usahakan yg terbaik buat diri kita.. Jangan biarkan mereka2 tu menghancurkan impian kita a.k.a rezeki kita... Senyummmmm jeeee... (^___^) 
Bak kata P. Ramlee; " Rezeki bukan ditangan ayah (manusia lain), tapi di tangan ALLAH"

Cuba bayangkan.. Bila kita berusaha bersungguh2, bisnes kita berjaya, kita mampu beli kereta mewah, melancong, duit banyak, kenalan ramai, happy, kad kredit dah jadi kad debit, gaya hidup dah berubah, boleh tolong mak ayah, pegi haji ngan umrah, boleh tolong org susah dan macam2 lagi lah... TAPI bila kita takut nak berubah kerana PENCURI IMPIAN tadi, semuanya hilang dan kita duduklah ditakuk lama.. same je ngan si pencuri tu... 

Jadi, bagi u olls diluar sana.... Teruskan menggapai IMPIAN ANDA! teruskan memotivasi diri sendir.. Teruskan menjadi seorg yg positif! Jangan rasa down, jangan sedih, jangan emo, jangan kecil hati dgn kata2 si pencuri impian tu.. Teruskan berusaha. ingat!
"KEJAYAAN ADA CARA, KEGAGALAN ADA SEBAB"
Sape yg berusaha, InsyaAllah dia yg akan dapat!

Oleh itu wahai semua... Jangan buang impian u olls kerana si pencuri... Buatlah keputusan yg terbaik utk diri sendiri....
ingat; 
Yang nak kaya adalah anda
Yang nak tolong mak ayah adalah anda, 
Yang nak bawak mak ayah naik haji adalah anda,
Yang nak tolong org susah adalah anda,
Yang nak bebas dr hutang adalah anda,
Yang nak bawak BMW & PORSCHE adalah anda, 
Yang nak berjaya adalah anda, 
Yang nak jadi insan luar biasa adalah anda 
DAN Yang nak berubah adalah anda!

Senyum, usaha, doa dan tawakallah padaNYA.. InsyaAllah.. smoga dipermudahkan segala usaha kita.. Ganbatte neh! Just Believe in Yourself! 


"Believe what u believe, work hard to achieve.. Focus yourself and InsyaAllah you will receive!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...