Pages

Wednesday, November 21, 2012

BB Plus Kologen (BB Plus Collagen)




APA ITU KOLAGEN??
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 70% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.

ANTARA KEPENTINGAN KOLOGEN:
  • Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
  • Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
  • Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
  • Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
  • Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
  • Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
  • Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

   

KESAN KEHILANGAN KOLAGEN :

Dan apabila kita tahu bahawa hampir keseluruhan tubuh kita terdiri daripada kolagen, maka jika kita kekurangan kolagen, perkara-perkara begini bakal terjadi :Garisan kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, EYE BAG, penglihatan kabur.
  • Garis halus kelihatan pada leher
  • Gusi tidak sihat
  • Payudara dan punggung kendur
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
  • Kulit kering, kulit hilang keanjalan, kelihatan lebih tua
  • Liang roma jadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
  • Rambut jadi kering dan bercabang dihujung


Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda boleh la mengambil BB Plus Kologen untuk meningkatkan kologen dalam badan.

MENGAPA MEMILIH BB PLUS KOLOGEN??
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia.

Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan.

Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Kofaktor seperti ekstrak biji anggur & Vitamin C ditambah utk melindungi rantaian kolagen. Pengambilan BB Plus setiap hari dpt menyerlahkan keremajaan kulit & memberikan kesihatan yg menyeluruh.

BAGAIMANA BB PLUS BERTINDAK??
Mod tiga tindakan:
1. Memulih - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui - Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru


RAMUAN UTAMA
Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin.  
 

BAGAIMANAKAH BB PLUS DAPAT MENINGKATKAN KUALITI KULIT??
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

KEBERKESANAN
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.

7 HASIL KULIT CANTIK
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari 


Dapatkan kulit yang halus, cantik, gebu dan berseri serta kesihatan tubuh badan yang lebih baik dengan BB Plus Kologen!!!

Untuk maklumat lanjut

Contact me:
AMY (Aimiey Nazmiey)
0126488235

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...