Pages

Monday, February 27, 2012

Stress & Chocolate

Harini rasa stress sangat!!! Tak tau nak cakap mana...rasa nak pengsan pon ada...menggigil satu badan...Itu la hidup, hidup ni kadang-kadang menceriakan kita, mendukacita kan kita, menyedihkan kita, menstress kan kite...ha??menstresskan??? adoii...penyalah gunaan bahasa...sebab dah stress kan...tak tau dah apa perkataan yang sesuai...

Tapi itula sebenarnya hidup...cuba la tanya semua orang kat dunia ni...ada ke yang hidup dalam kesukaan dan kegembiraan setiap masa?? Confirm and berani jamin...tak ada orang yang dapat bersuka ria setiap masa...Kalau ada, maka sangat-sangat beruntung lah orang berkenaan...

Tengah-tengah stress pon boleh membebel panjang-panjang kan??Hehehe..sebab nak meluahkan perasaan..kalau kita tengah stress lepas tu duk diam..senyap jek tak cakap sepatah perkataan pon...bahaya tau, nanti boleh bagi tekanan pada diri kita sendiri dan sampai satu tahap bila dah terkawal...tu yang jadi gila...tak siuman...sewel..mereng....hehehe...so kita tak mau jadi macam tu. Cuba tangani stress anda dalam keadaan yang baik dan terkawal..

So macam amy, kalau stress mesti cepat-capat bagitau kat sapa-sapa yang terdekat terutama pasangan dan kawan-kawan yang rapat supaya amy dapat luahkan apa yang tersimpan dalam hati ni...lepas tu, dapat pulak perkara yang menyedihkan, kena nangis teresak-esak, sedu sedan sekali...lepas dah luahkan perasaan dan mata pon dah baik punya bengkak, baru rasa lega...heeee ;)

Tapi paling best...kalau tengah-tengah serabut tu, dapat makan ice cream....alahaiiiiiiii, lepas makan kan hilang stress kejap...Jom makan ice cream!!!!!sedapnya kalau dapat makan macam kat bawah ni....Slurrrrrpppppppppppp ;p














 Ahhhhhh!!!!! tengok gambar lagi stress kalau tak dapat makan kan...So, jom ramai-ramai kita makan ice cream!! heeeee ;)

Saturday, February 25, 2012

Guangzhou~Free Holiday


Anyone yang dah pernah pergi ke GUANGZHOU??? Sila angkat tangan!! Ok...dah, turun tangan tu...amy tak boleh nampak pon u olls angkat tangan..hehehe...tp amy tak angkat tangan sbb  tak pernah pon ke GUANGZHOU... any part of CHINA pon belom berkesempatan dan berpeluang untuk pergi....

But, now...with my Beautiful business, insyaallah amy bakal diterbangkan ke Guangzhou for freeeeeeeeeeee!!!! i repeat again...for freeeeeeeeeeee babeh!! Seronoknya!!! sangat teruja sebab semua free..from Flight, Hotel, Makan Minum, Jalan-jalan...untuk shopping jek bawak duit sendiri...pakej percutian yang diberikan adalah VIP package 0r 5 star package...

So before diterbangkan nanti...amy ada surf internet untuk dapatkan gambaran Guangzhou City....Jom kita sama-sama tengok macam mana la rupanya kan!!! ;)

Macam best jek Opera House & Spider Walk at Canton Tower tu...;)

Dahsyat!!! Flyover sampai 3-4 tingkat....woooooo

 Weeeeee...boleh tengok pemandangan keseluruhan Guangzhou with Bubble Tram...syokkkk!!!

Pemandangan malam di Guangzhou...cantik!!! bewarna-warni...


Pastu dapat pulak menginap kat hotel 5 bintang!!!dapat bilik besar dengan pemandangan bandar Guangzhou...tidur kat atas tilam yang empuk...uhhhhh, confirm nak golek-golek jek kat dalam bilik...hehehe



Tapi tak nak la golek-golek je kan...sebab bukan senang dapat pergi ke negara orang ni kan..ofcoz kita nak jalan-jalan tengok apa yang menarik di Guangzhou dan Shopping!!! Bolehla belikan buah tangan untuk family dan kawan-kawan yang tak berpeluang ke Guangzhou....


Tak sah ke China...kalau kita tak menyaksikan Persembahan Opera China..ye tak???

 Lepas tu kita boleh naik ni...High speed Rail...Nak tengok macam mana lajunya naik train ni...huhu

Nak slow dan santai-santai...boleh kita sewa basikal yang comel ni...;) 





Shopping di Guangzhou confirm lagi murah dari Malaysia sebab kebanyakkan peniaga-peniaga di Malaysia pon memang dapatkan barang-barang niaga terus dari sini...;)


Dah penat berjalan...mesti nak makan kan...hurmm, mungkin kita duk tertanya-tanya..macam mana nak cari Halal Food kat Guangzhou nanti??? Tak perlu risau...kita bukan pergi sendiri!!! pakej travel ni dah complete dan penganjur memang akan bawa kita ke tempat makan yang bersesuaian untuk kita yang beragama Islam...Bestnye, makan pon freeeeeeeeeee!!!!



Yummmmmmyyyyyyyyyyyy...............=)


Wowwwieeeee.....best kan Guangzhou ni!!! Lagi best kalau dapat pergi free~**~semua ditanggung beres!!!! Jommmmm kita dapatkan pakej percutian yang menarik ni ~**~

So apa tunggu lagi???Anyone yang berminat nak dapatkan pakej percutian ni...Just contact me and i'll share with you how to get it....

O12-6488235
OR
aimieynazmiey@yahoo.com




Cepat!!!! Tempat terhad!!!! 
Siapa cepat dia dapat.... ;)

~~********~~

Friday, February 24, 2012

DIY Tissue or Paper Flowers


Ok...untuk entry kali ni...amy nak tunjukkan cara-cara buat Tissue or Paper Flower ni...senang sangat..Untuk bakal-bakal pengantin yang tercari-cari doorgift yang sesuai untuk para tetamu, anda boleh cuba buat Tissue Flowers ni...selain dari mudah, ia juga sangat murah dan boleh jimatkan perbelanjaan kahwin kita ;)

STEP 1

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1)Tissue or Color Paper
Pilih la ikut yang kita suka or warna tema untuk majlis kita nanti..Anda boleh beli dari kedai-kedai peralatan majlis perkahwinan or dr Ikea.





2)Gunting


3)Dawai Halus


STEP 2

Anda ambil tissue td, dan jadikannya bentuk segi empat sama. Bagi paper color yang besar, anda perlu gunting seperti saiz tisu. Jika anda inginkan bunga yang besar, maka anda perlu dapatkan saiz segi empat yang lebih besar. Bunga tisu yang amy hasilkan, hanya menggunakan saiz standard tisu berkenaan.



Untuk hasilkan banyak kelopak pada bunga, anda perlu 6-8 lapisan tisu.


STEP 3

Seterusnya anda lipatkan tisu berkenaan seperti lipatan kipas tangan.



STEP 4

Kemudian potong hujung kedua-dua lipatan tu dengan bentuk separa bulat atau segi tiga.


Setelah anda potong hujung tisu tersebut, lilitkan /ikatkan dawai halus pada bahagian tengah tisu berkenaan.




STEP 5

Akhir sekali, anda bukakan setiap helaian tisu tersebut satu persatu yang akan membentuk kelopak bunga.




Ok darlings..dah siap pon..bagi yang ingin membuat bunga telur, anda hanya perlu lilitkan dawai di bahagian bunga tadi pada lidi, dan di hias dengan riben, dan pelbagai bahan hiasan mengikut citarasa anda..;)

Selain dari dijadikan bunga telur, bunga tisu ini juga boleh dijadikan sebagai hiasan untuk table centerpiece, hiasan pada bilik, hiasan sekitar kawasan majlis diadakan dan lain-lain..









ENJOY!!!! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...