Pages

Wednesday, April 17, 2013

Short Gateaway to Cameron Highlands


This trip saja plan dengan my family since we have a wedding to attend in Ipoh.
Then sempena meraikan me habis pantang..hehe..boleh plak macam tu kan..ingat pesta keraian ke ape.
So pagi-pagi we olls anak beranak dah bersiap sebab nak kena sampai di Ipoh tengah hari. Hani pon lepas-lepas subuh dah kena mandikan.


Yeayyy dah siap..pakai baju yang ummi wi ngan abi mi bagi. Thank you ummi & abi baju ni comel sangat.


Sepanjang perjalanan ke Ipoh, Hani tido jek.. Then sampai jek kenduri, we olls terus makan dan lepas tu laju-laju begerak ke Cameron. Tak sempat nak ambil gambar kenduri..hehe


First stop kat strawberry & cactus park. Me dengan baju2 kurung berjalan haritu. Tak sempat nak tukar baju..

Mari-mari pilih..3 sepuluh..3 sepuluh..
Beriya beli kaktus.haha..Ole-ole dari Cameron katanya.

Then lepas tu, kami ke Lavender Park pulak.
First time gi Lavender Park ni coz tempat ni baru jugak bukak. Nak masuk tempat ni kena bayar, tapi tak ingat berapa. Rasanya RM5 seorang.





Tak ada apa pon yang menarik kat sini, cuma decoration dalam taman jela lain dari yang lain. So spend masa ambil gambar jek. ;)

Hari dah menjelang senja. We olls pergi Cameron ni takada rancang pon nak tidur kat mana. So bila dah petang kelam kabut cari tempat nak bermalam.
So at last we olls stay dekat Apartment yang ada taman herba & botani. Namanya Taman AgroTeknologi MARDI.
My mum suggest tidur kat situ sebab nanti boleh jalan-jalan kat taman tu, then takpayah dah nak berjalan tempat lain. So at last we olls pon tidur kat situ.

Time pergi Cameron masa tu macam tengah musim hujan, so cuaca memang sangat sejuk, sampai rasa malas nak mandi, nak pijak lantai apartment pon rasa macam pijak air batu..patutla mat salleh kat oversea tu tak mandi. ;p

So lepas dah mandi, siap-siap and solat maghrib, we olls decide gi makan steamboat. Best tau time sejuk-sejuk dapat makan makanan yang panas..slurppp!!


On that day (13.04.13) birthday my hubby. Then me & my family plan nak buat suprise untuk dea. Siang tu buat-buat tak ingat sampai merajuk hubby me..hahaha
So masa kat Ipoh tu, dah mintak my brother belikan kek.


Happy Birthday B, Semoga sentiasa dibawah lindungan rahmat dariNYA, sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta diberi kesihatan yang baik. I love u always & forever!!
Special tau celebrate ur birthday sampai ke Cameron...

So lepas dinner tu jalan-jalan jap kat kawasan sekitar. Then balik apartment & tidur.

Keesokannya pagi-pagi we olls semua dah bangun & gi cari sarapan.

Lepas breakfast, we olls balik apartment & jalan-jalan dekat kawasan sekitar MARDI.

 Ok...nampak tak kegilaan kami sekeluarga..
Suke sangat amik gambo & posing sana sini.
Kalau nak letak semua gambar, memang sampai esok tak habis tengok gambar kami..hehe



Ni antara tanaman yang ada di MARDI.
Macam-macam ada, sayur, buah-buahan, bunga-bungaan.
But time we olls datang ni, strawberry & apple baru nak berbuah, so takda peluang nak petik & bawa balik.

So lepas dah pusing-pusing dekat MARDI ni, we olls balik apartment, packing barang-barang, check out & balik ke KL.
Until we meet again Cameronnnnnn!! ^____^


xoxo
Aimiey Nazmiey
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...