Pages

Wednesday, November 27, 2013

Have Fun at KL Bird Park

Weekend aritu, taktau nak buat ape..
After kuar lunch, macam boring jek nak balik rumah.
So me ajak my hubby gi Taman, bawak Hani jalan-jalan memandangkan cuaca pon tak berapa panas.
Mula-mula nak gi taman rama-rama, lepas tu terlepas pulak tempat parking, then jalan terus kedepan nampak Bird Park.
So, cakap kat hubby, kita masuk Bird Park jela, next time gi Butterflies Park pulak.

Nak masuk Bird Park ni ingatkan RM10 jek tuk Adults..tapi rupanya itu charge entah tahun bila..time me kecik-kecik kot.
Now, tiket for Adult RM25 dan for children RM12 (3-12yrs) bagi yang ada MyKad.
Untuk foreigner RM48 for Adult dan RM38 for children.
So untuk my baby Hani FREE jek.

 
Sambil bawak anak bersiar-siar sambil mengajar dia keindahan alam ciptaan Allah.
One of a learning process nak kenalkan dia dengan binatang. Kat rumah dah selalu bawak tunjuk cat, so dia dah tau cat tu macam mana & the sounds of cat.
Bila tunjuk cat dia pon pandai tengok and buat bunyi kucing..meowwwww..

She is a cat lover not like her mommy yang takut kucing..Lol.. Serious mommy dea takut kucing..hahaha
Depan anak jek buat berani..panggil catttt..sekali cat tu datang dekat & nak bergesel-gesel mommy nye automatik boleh melompat sambil menjerit..adoii malu kat anak. Anak pulak lagi berani nak gi terkam kucing tu..but, kucing tu pulak yang lari takut ngan budak kecik ni.




Masuk-masuk jek Bird Park ni, dah jumpa burung comel ni spesis kakak tua(parrot). Macam-macam warna ada kuning, hijau, merah, putih, etc




Ni tengok flamingo pulak. Muka si kecik ni memang kehairanan jek sebab tak pernah tengok pon binatang-binatang ni.
Muka cam tak excited pon, takut pon tidak. hehe..takpela sayang, yang penting kita explore dulu k.



Lari...burung tu nak kejar hani la..hehe




Ni pulak si cantik Merak.. Subhanallah memang cantik sangat!! Tapi Merak ni akan mendabik dada bila dea nak tunjukkan kecantikan bulu dia.
So to my daughter, Hani..jangan sesekali ikut perangai si Merak ni yang suka berbangga dengan apa yang dia ada. Semua tu pinjaman dari Allah.
Next, kita pusing satu taman ni..Berpeluh jugak la nak berjalan dalam ni.






 Tengah-tengah nak posing ambil gambar dengan burung unta ni, dea boleh datang nak patuk pulak.
Ape lagi berlari la nak selamatkan diri..hahaha

 Gigih u olls nak ambil gambar dengan merak ni..Punya la lama tunggu dea nak pusingkan badan dea tu..
g
 Papa check pampers budak kecik ni..Tengok yayak tak??

Red flamingo..cantik!!



 Bird feeding...




 Ok...ni kita bagi makan ikan pulak..
Best tengok ikan-ikan ni berebut-rebut nak makan.

 Asyik bagi bird & fish makan jek..
Now hani pulak nak mamam..



Then we olls ambil gambar dengan parots pulak.
Yang ni kena bayar RM10 guna camera sendiri.
If guna camera sana & print sekali bayarannya RM30. 






Ok..hari pon dah petang..si kecik ni pon dah meragam sebab dah ngantuk. we olls pon balik.
Nasib on time, sebab sampai jek dalam kereta hujan turun selebat-lebatnya.
Lepas ni, nak bawak Hani gi tengok rama-rama, buaya, ular, harimau, gajah, kuda dll pulak.
Ok Bye!!!

Love,
Aimiey Nazmiey

Friday, November 22, 2013

WIFKL Day 3

WIFKL Day 3 adalah merupakan hari terakhir kami disini.
Alhamdulillah, pengunjung tetap ramai datang ke booth kami hingga majlis tamat.

Ramai yang nak rasa dan menikmati keenakan dan kelainan rasa Mineral Coffee. Selain itu, mereka juga ingin mengetahui khasiat garam buluh yang ada di dalam setiap produk. Manakala bagi pengunjung wanita terutama wanita Arab mereka sangat berminat dengan produk pakaian dalam Premium Beautiful.








Ramai yang berminat dengan produk yang dipamerkan. Ada antaranya membeli produk seperti Mineral Coffee dan sabun/shampoo Marine Essence bagi mencuba dan merasai sendiri khasiat produk berkenaan. Sambutan sangat menggalakkan hingga berkaton-katon habis dijual. Alhamdulillah..

Melalui pemaran seperti ini, kami sebagai wakil Glampreneur mendapat peluang untuk mempromosikan produk hebat kami kepada masyarakat luar agar dapat dimanfaatkan bersama. 

Ramai lagi yang masih belum tahu dan masih belum mencuba produk-produk yang dihasilkan yang mana produk-produk seperti ini boleh dijadikan sebagai cara alternatif untuk mengubati dan memperbaiki masalah kesihatan yang dialami. 

Kami berharap GLAM(Green Leaders Academy Malaysia) akan di beri peluang untuk menyertai WIFKL akan datang bagi mempromosi dan mengetengah produk-produk lain yang bukan sahaja untuk pasaran tempatan malahan pasaran luar negara.

WIFKL 2013 telah melabuhkan tirai pada petang 14 November 2013 dan diucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang telah datang ke booth kami.

 Terima kasih juga pada leader-leader glampreneur yang terlibat dalam menjayakan pameran ini. Thanx atas kerjasama, tunjuk ajar dan moment yang telah dikongsikan  selama 3 hari pameran berlangsung. Hope we can work together again. Thanx a lot kepada my leader DDM Ajue Rashid atas peluang yang diberikan untuk menyertai pameran ini dan thanx jugak sebab belanja makan kat DOME after penat bersama mengemas barang-barang pameran. ;)







 Untuk yang berminat untuk mengetahui tentang our products and business opportunity can contact me via

email: aimieynazmiey@yahoo.com
call:6012-6488235

Aimiey Nazmiey.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...