Pages

Friday, March 7, 2014

Farm In The City

Dah lama tak update blog sebab malas nak menaip. Banyak update dekat Instagram jek. FB pon update melalui share gambar kat Insta..

Banyak benda nak update since last update is on February, tapi tak tau nak update yang mana satu. So kita start dengan cerita di Farm In The City. 

Farm in The City ni konsepnya macam mini zoo dan ia terletak di Seri Kembangan, Selangor.





So bagi mereka yang duduk di area KL & Selangor, ini adalah salah satu tempat yang menarik untuk membawa anak-anak berjalan dihujung minggu.

For me, tujuan ke sini pon sebab nak bawak Hani jalan-jalan instead of gi main kat Playgym & jalan-jalan kat shopping complex, so we olls bawak dea gi tengok & kenali haiwan pulak. Kat KL ni apa jek haiwan yang boleh tengok berkeliaran selain dari kucing, burung, lipas, cicak & tupai. 

Dekat Farm In The City ada lebih 100 haiwan esotik antaranya burung, ular, kambing, rusa, arnab, ikan, landak, kura-kura dll.

Waktu operasinya adalah seperti berikut:-


Weekdays (Mon-Fri) - 10 pagi(am) to 6 petang(pm)
Weekends/Public/School Holidays - 930 pagi(am) to 6 petang(pm)

*Closed every Tuesday except public holiday & School Holiday**

Kat bawah ni Fee untuk entrance:

Entrance Fee

With My Kad
No My Kad
Adult
RM30.00
RM48.00
Children*
RM25.00
RM38.00
Senior Citizen**
RM25.00
RM38.00
*Children below 12 **Senior Citizen 60years old & above * Body height  below 90cm F.O.C


We olls gi aritu, hari Sabtu dalam pukul 10 pagi, tu pon matahari dah terpacak (panas).

Nampak siap berpayung!!






Masuk-masuk jek tempat ni dah jumpa dengan kura-kura ni. Besar!! Besar dari Hani.. Tak ingat dah berat dea bape. Yang best kat sini kita boleh tengok haiwan-haiwan tu dari dekat, takdela duk dalam sangkar cam kat zoo + boleh bagi makan. Deorang sediakan makanan tu free jek, tak yah bayar extra untuk makanan deorang.

Ular ni dah kena bagi makan banyak sangat, tu yang dea tido jek.

Yang ni bukan buaya, adik buaya gamaknya..hehe...
Biawak kottt. aku pon hidup dah 28 tahun, tak kenal haiwan.



Yang ni pulak kat kandang kambing & rusa. First time dalam hidup bagi makan kambing & rusa & the best experience bila dapat rasa lidah kambing & rusa tu jilat tangan kita nak makan makanan yang kita bagi.


So ni matlamat utama, nak bagi Hani kenal haiwan, sayang pada haiwan, feel the experience dekat ngan haiwan & tak takut kat certain haiwan macam mommy dea..hahaha. But mommy & papa pon dapat belajar benda baru.


Comel kan rabbit ni & jinak sangat..Datang berduyun-duyun nak makan.

Ni pulak landak..


Hani tak takut pon ngan anak ayam ni. But we olls yang takut!! Takut anak ayam tu mati pulak dikerjakan budak kecik sorang ni.


Hello bird!! 
Nampak budak kecik tu muka geram jek nak pegang burung tu.

Ahhh..geliii!!! Kulit rasa bersisik & lembik-lembik...


So mostly dekat 1/2 hari la we olls kat dalam ni. Tu pon dah tak larat nak jalan. Nampak jek kecik, tapi berpeluh-peluh jugakla. Gambar nanti ada masa, kita tambah lagi sebab lupa dah simpan kat mana. That's all cerita kami sekeluarga di Farm In The City!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...